Alhamdulillah
ABOUT ENTRY FACEBOOK
Taubat yang sempurna
Thursday, January 10, 2013 • 10:40 PM • 0 comments

Assalamuaalaikum semua :)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani 

Allah s.w.t sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : "Hai orang2 yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." (at-Tahrim:8)
Taubat yang diterima harus memenuhi beberapa kriteria :
1. Menyedari akan kesalahan, kerana seseorang tidak mungkin bertaubat kalau dia tidak menyedari kesalahannya kan ? so seseorang Muslim/Muslimah perlulah sentiasa mendalami ilmu agama sehingga dapat membezakan yang benar & yang salah. Dan perlunya sesama Muslim saling nasihat-menasihati dengan kebenaran, kesabaran dan dengan penuh kasih sayang.
2. Menyesali kesalahan, sekalipun seseorang itu tahu bahawa dia bersalah tetapi tidak menyesali kesalahannya.maka orang tadi belumlah dikatakan bertaubat apatah lagi apabila berbuat salah dia merasa bangga.
3. Memohon keampunan kepada Allah s.w.t dengan penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t akan mengampuninya. semakin banyak kita beristighfar kpd Allah maka Allah akan mengampuni dosa dan menerima taubat kita.
4. Berjanji xmengulanginya. Janji yang diucapkan harus keluar dari hati nurani yang murni hati yg suci xada niat utk mengulangi perbuatan tersebut.
5. Menutup kesalahan masa lalu dgn amal soleh utk membuktikan bahawa ia benar2 bertaubat kpd Allah s.w.t..


Waktu melaksanakan taubat :')
Taubat tidak boleh dilengahkan atau ditunda. seseorang yg tidak segera menyucikan diri dari dosa sedikit demi sedikit pengaruh dosa akan bertompok2 kt hati kita. Akhirnya merosakkan hati sehingga tertutupnya cahaya kebenaran. Diantara penyebab yang membangkitkan jiwa taubat seseorang ialah adalah jiwa yg selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian dalam kubur. kata2 mati adalah sgt menakutkan bagi kebanyakan manusia. mati bererti berpisah dgn segala yg disayangi atau dicintai. hari terputusnya segala nikmat. kemudian, bayangkanlah tentang azab2 Allah. takutlah kepadaNya yang Maha Berkuasa keatas sesuatu.
 Antara azab Allah :
Peristiwa Mi’raj
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

terima kasih kerana membaca. Assalamuaalaikum ^_^

Al-Islam magazines and this web :)



PASTFUTURE
MY WORDS;
Assalamuaalaikum , hye! Welcome to this simple blog. Selmat membaca and keep love Allah&Rasulullah.THANKYOU ALLAH!

OTHERS;